"Saya Akan Mempercepatkan Majlis Kami Pada....", Wow!! Lepas Gambar Dengan Erra Tersebar Akhirnya Akhirnya Shahir Umumkan Tarikh Mereka Akan Buat Majlis. . .
http://asterokgempak.blogspot.com/2016/09/saya-akan-mempercepatkan-majlis-kami.html
Sejak Erra Fazira mula memuat naik foto Shahir dan memberikan ucapan agak bermakna buat lelaki itu sempena hari jadinya, ramai yang mula berbicara semula mengenai hubungan mereka berdua.
Ramai sebenarnya yang berharap agar kedua-duanya dapat bersatu sebagai pasangan suami dan isteri.
Buat Shahir, beliau menyerahkan soal jodoh dan rumah tangga bersama Erra kepada Allah SWT.
Insya-Allah sebagai hambaNya, kita merancang. Soal mendirikan rumah tangga memang sering ditanya. Baik kawan saya mahupun Erra, soal bila nak langsung (kahwin) itu acap kali ditanya. Tapi pada akhirnya, ia berbalik kepada ketentuanNya. Memang saya mahu mempercepatkan apa yang sepatutnya.
Tambah Shahir, beliau pasti akan mengumumkan berita gembira tersebut dengan orang ramai andai beliau mempunyai jodoh dengan Erra.
Shahir mengharapkan orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.
Saya percaya kalau jodoh itu sudah sampai, pasti tak ke mana. Andai tiba masanya, kami pasti akan umumkan. Hanya doa daripada semua yang saya harapkan. Semoga apa yang dirancang dipermudahkan. Insya-Allah.
Berkat doa anda semua, siapa tahu mungkin hubungan Shahir dan Erra bakal berakhir dengan satu ikatan yang sah.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA