"Selama Aku Kenal Dia Dekat UITM, Memang Suara Dia Lemah Lembut Tak Pernah Tinggikan Suara, Tapi Disebabkan Berlaku Perkara Ini Tiba2 Dia Berubah Drastik Terus Buka Tudung, Rupanya Dia Berubah Sebab . . ."
http://asterokgempak.blogspot.com/2016/09/selama-aku-kenal-dia-dekat-uitm-memang.html
Lebih kurang tiga tahun lepas, aku pernah mengenali seorang gadis yang menuntut di UiTM Samarahan. Namanya, biarlah aku refer sebagai Noor. Aku mula mengenalinya melalui laman sosial Tagged dan kemudian boleh dikatakan agak mesra jugaklah di YM, malahan masa cuti semester akhir tahun tu aku siap mesej-mesej lagi pakai (yup, kitorang sempat exchange phone number) berkongsi luahan perasaan yang terbuku di hati masing-masing. Dipendekkan cerita, penampilannya sewaktu mula kukenali di laman Tagged dulu adalah bertudung litup, lagipun biasalah budak public university kan. Tak pernah aku nampak langsung pun sehelai rambut dia masa di Tagged dan Facebook. Terus-terang aku cakap memang sejuk giler hati bila berchatting ngan dia walaupun suaranya langsung tidak pernah kudengar kerana dia segan sebab takut aku tak paham loghat Sarawaknya walhal aku takde masalah pun sebenarnya akibat sudah terbiasa bergaul dengan kengkawan berlainan negeri. Nak dipendekkan ceritalah, setelah bertahun lamanya aku tak contact ngan dia dalam Facebook. Sayugia masa tengah menyelongkar senarai kawan dalam YM untuk d-add sebagai kawan dalam Facebook, tak disangka-sangka aku terjumpa Facebook profile beliau satu lagi yang menggunakan YM-nya sebagai emel rasmi. Baru ler aku perasan rupanya dia dah tak online lagi dah melalui Facebook lamanya. Terkejut beruk jugak ler bai sebab dalam Facebook barunya penuh dengan gambar free hair-nya, sungguh gua tak sangka weh dia boleh berubah dengan begitu mendadak tak lama lepas graduate!. Aku kurang pasti apakah punca sebenar beliau melakukan transformasi 360 darjah begitu. Barangkali disebabkan pengaruh K-Pop yang digilainya ataupun persekitaran tempat tinggal kampung halamannya yang majoritinya dihuni bukan Islam. Just untuk pengetahuan korang, kawan aku ni sebenarnya berdarah campuran bumiputra non-muslim macam heroin filem Bini-biniku Gengster dan 8 Jam lah. So, lu pikir la sendiri!. Assumptions semua di tangan korang. Aku malas nak cakap lebih-lebih sebab dalam hatiku masih merindui nak bermesej dengannya namun apakan daya, aku ader satu handphone jer sekarang dan SIM-card yang ada nombornya pun aku letak entah ke mana. Aku bukan nak mempersalahkan faktor perkahwinan campur disini kerana kes kawan aku awek Sarawak hanyalah sipi-sipi jer atau lebih appropriate lagi minor issue jika nak dibandingkan dengan awek-awek Semenanjung yang aku yakin lebih hardcore daripada depa semua (berdasarkan observation aku sendiri di laman sosial dan kampus). Kat Tagged jugak pada awal tahun lalu aku sempat berkenalan dengan sorang budak Gombak yang menuntut di UIA, cerita dia lagi hebat beb. Pergi kuliah pakai baju kurung lengkap dengan tudung litupnya sekali, tapi bila keluar jalan-jalan dengan member sambil minum di Starbucks pakai skirt pendek dan spaghetti strap lagi dowh. Dah banyak aku jumpa spesies perempuan cam gini bai, ada sorang tu budak negori yang menuntut di sebuah universiti di utara tanah air. Kalau dekat kampung dia bukan main lagi bertudung litup depan keluarga dan kaum kerabat, tapi biler di sekitar kampusnya dan melepak bersama kengkawan kat kedai makan. Wa cakap lu beb, tudung semua entah kemana!. Entah tak taulah apa nak dikata lagi, coz aku pun sendiri bila first tengok dia terpikir jugak. Dia ni pakai tudung sebab nak cover line kaum keluarga je ke? Serious DAFUQ??!! Apakah Allah SWT hanya melihat perlakuan beliau bersama kaum keluarga dan sahabat sekampung sajer dan tidak pula melihat perlakuan beliau bersama kengkawan lelaki sekampusnya yang semestinya bukan muhrim?. Apo nak dikato? Aku tinggalkan persoalan tersebut untuk korang nilaikan sendiri. Mengikut kata sorang cik adik 94 (adik tinggi lampai tapi sangat comel sebab berdarah campuran Peranakan India dan Cina) yang berasal dari Seremban pelajar diploma di tempat aku study sekarang, pemakaian tudung sememangnya diwajibkan bagi pelajar perempuan muslim. Pada hemat aku, jika beginilah motif utama mereka bertudung maka tidak hairanlah mereka akan terus menganggap tudung hanyalah sebahagian dari uniform persekolahan. Aku yakin persepsi ini akan berterusan sehinggalah mereka memasuki alam kampus dan pekerjaan sebagaimana aku juga amat membenci pemakaian tali leher ketika di sekolah suatu ketika dahulu. So, pada pendapat korang. Apakah kes sebegini hanya isolated di KL ajer? Pada yang dok sedap mengutuk bahawa budak-budak KL lah punca datok nenek mak bapak segala kepincangan yang melanda ini. Aku hanya ada satu words jer untuk korang, 'NIAMAH!' atau lebih tepat sekali Omak Kau dalam bahaso negori sebab budak KL bukan semuanya jahat-jahat belaka macam kes bakar awek kat Wangsa Maju time bulan puasa hari tu. Walaupun aku budak KL tapi aku bukanlah jenis spesies kaki sosial menjalang dan menyundal sana sini. Senang cerita gua bukan jejaka yang suka melepak balik lewat tiap-tiap malam weekend pergi clubbing meskipun aku dibesarkan di area Damansara yang umumnya mengetahui kebanyakan Malay girls disini majoritinya tergolong dalam kelompok hipsters dan yuppies yang let loose dan berpegangan non-comformist. Aku hanyalah mamat Melayu KL yang simple-simple sajer, atau dalam bahasa paling mudah sekali 'zuhud' (poyo doh statement dia) kerana jika hendak pergi kemana-mana sajer aku lebih rela menaiki kenderaan awam berbanding memandu sendiri meskipun aku memiliki lesen untuk memandu di jalanraya sebab aku enjoy tengok gelagat manusia-manusia penghuni kotaraya sama ada dalam tren mahupun bas. Aku jugak pengguna Blackberry tanpa BIS (who needs it when u have Whatsapp via wifi for free?) dan secara jujurnya aku tidak merokok. Hanya kerana aku budak Damansara. Tolong jangan judge aku liberal. Enough said. Aku dengar cerita penuntut-penuntut perempuan muslim memang diwajibkan bertudung pun sewaktu menghadiri kuliah. Lain pulak dengan Fiza, awek yuppies yang aku kenal masa awal tahun ni melalui Twitter. Sebab beliau memang awek true blood Damansara Born in 1990 punya beb. Hmm, mungkin peraturan berbeza kot mengikut lokasi kampus. Who know's sebab aku hanya pelajar IPTS. Aku sendiri tak paham kenapa sesetengah IPTA dan sekolah-sekolah tertentu mengenakan syarat wajib bertudung kepada para penuntut dan pelajar perempuan Muslim, bukankah itu hak peribadi cik tuan empunya badan?. Secara peribadinya aku bukan nak mempertikaikan tuntutan agama tapi kalau hati yang dipaksa tu tak ikhlas nak buek camno laie?
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA