Berkahwin selama 10 tahun bersama Dato Seri Adnan Abu membuatkan isteri pertamanya yang mahu dikenali sebagai Datin Red masak dengan perangai suaminya itu. Kalau dahulu beliau berkahwin secara senyap dengan penyanyi Adira di Thailand dan kini muncul pula video mesra sua
http://asterokgempak.blogspot.com/2016/09/berkahwin-selama-10-tahun-bersama-dato.html
“Apa yang berlaku di luar sana biarlah suami saya sahaja yang menyelesaikannya, dia yang mula cari masalah. Mengapa saya pula perlu pening kepala fikirkan masalah dia. Saya tidak tahu pasal orang luar mengecam atau marah dia, tetapi apa yang pasti hubungan saya dengan dia tetap bahagia. Cukuplah saya kata saya sudah lali, sebab sudah masak benar dengan perangainya”
“Saya percaya kepada jodoh, selagi ada jodoh saya akan bersama dia. Soal bermadu, macam mana hancurnya hati saya ketika dia berkahwin dengan Adira, mungkin Adira juga merasai perkara yang sama kini. Cumanya selagi dia suami, saya akan pastikan menjadi isteri yang baik buat dirinya,” katanya kepada Utusan Online berhubung dengan perkara berkenaan.
Bercerita mengenai perkahwinannya, Datin Red telah berkahwin bersama suaminya pada usia yang agak muda, sejak beliau berumur 19 tahun, ketika itu kehidupannya sangat bahagia bersama suami yang mungkin disebabkan kehadiran anak-anak. Mula mengenali Dato Red sebagai pemandu lori sayur, selepas itu perniagaannya mula berjaya dan semakin baik sejak tiga tahun lalu.
Walau kelihatan begitu tenang dan tabah menghadapi krisis rumah tangga yang sudah beberapa kali melanda beliau, Datin Red akui hatinya juga dulu pernah rasa hancur melihat suaminya berkahwin bersama Adira. Namun apa yang menguatkan lagi dirinya adalah anak-anak di sekeliling yang membuatkan beliau untuk terus hidup dan menerima kententuan takdir.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA